Wednesday, 21 May 2014

Recipe : Apple Pie Pastry

Assalamualaikum 

Sebenarnya untuk recipe kali ni , aku tengah tengok food network punya channel . Tetibe dia buat mini apple pie. Jadi gua pun terliur la cite dia. terus cari recipe , beli barang , esok harinya jugak aku buat  so alhamdulillah semua puji i punya pie *winkwink.

Kali ni aku share resepi apple pie pastry , so lets cekedaut . Original resepi boleh dapat kat link bawah post nanti . 



Bahan-bahan untuk inti apple
2 biji epal hijau (aku hentam keromo je pakai epal merah)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
Secubit garam

1 pack puff pastry jenama KAWAN-saiz 4inci x 4inci (bukan semua pakai , dalam 4-5 keping je)
1 kuning telur, untuk menglis


Cara-cara

Inti Epal :- 
  1. Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu (kalau nak sedap korang dadukan kecik kecik), rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Okay , masak epal korang tadi dalam 3-5 minit sampai jadi layu . Then masukkan serbuk kulit kayu manis , gula perang dengan garam tadi . Gaul bagi rata dan masak lagi dalam 5 minit smpai epal lembut . 
  2. Utuk memekatkan sos inti epal ni , korang masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan gaul sampai rata . Dah sebati , tutp api , biarkan sejuk dan ketepikan . Nak masuk peti ais pun boleh jugak , takde masalah.
Puff Pastry :- 
  1. Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Then kalau ikut cara aku , aku rollkan sikit guna kayu penggelek . The baru masukkan inti tadi dekat pastry tadi dalam dua camca teh .Pastu kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan korang tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
  2. Sapu dengan kuning telur dan taburkan sikit campuran serbuk kulit kayu manis dgn gula *untuk dapatkan shell yang ranggup. Dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20-25 minit.  
  3. Sejukkan dulu baru boleh ngap makan , omonomonom .
*takde gambar . aku dah delete . Sorry yee
credit : Dapur Tanpa Sempadan    


p/s : ini antara resepi paling simple . Jom try . Nanti boleh kongsikan bersama :)
The Writer ,
Amirah Azemi 

1 comment:

Izzati Amira said...

mano gambarrr??? hek alaa...