Tuesday, 20 May 2014

Food Hunting : Dubu Dubu Restaurant

Assalamualaikum 

Untuk entry kali ni , aku nak cerita sikit tentang restoran korea yang aku baru try dalam dua minggu yang lepas. Kali ni aku teman adik sedara aku pegi rumah sewa dia sebenarnya . Then sementara nak tunggu pukul empat , kitorng singgah Times Square dulu . Pusing pusing , then masuk Cosmoworld lah cerita dia . 

Dalam pukul 2.30 lebih kurang kitorang cari tempat untuk lunch . Adik sedara aku cadangla nak makan makanan korea dekat tingkat 4 tak salah aku lah. Nama kedai dia Restoran Dubu Dubu . Ada banyak jenis makanan korea yang ada dalam list menu . So ini makanan yang kitorang pilih.


ni kedai dia. so korang bolehla cari.
Chicken Bibimbap
Chicken Bibimbap ni campuran sayur , nasi , ada telur , lauk. Lauk dia based on apa yang korng pilih . it either chicken or beef. tapi untuk bibimbap yang adik aku pilih adalah chicken bibimbap . not bad . rasa mcm makan nasi campur . Cuma different dia , nasi korea ni dia mcm sticky sikit. Tak salah aku nasi , diorng guna nasi pulut . kot la. haha.

Seafood Soondubu Jigae
Orite yang ni pulak adik sedara aku punya pilihan. dia ala ala nasi dengan tomyam la. Tapi not bad . sebab dia punya 'tomyam' tu sedap sangat. Korea kalau makan , diorng mesti akan letak side dish . diorng bagi tiga side wish . Yang wajib mestilah kimchi , pastu ada toge dgn macaroni. Tapi bagi aku , aku x bole terima kimchi sebab rasa dia masam masam . 

Spicy Seafood Ramyeon
Untuk aku , aku pilih yang aku rasa boleh kena dengan lidah aku . Takut order pelik pelik kang tak makan . Bazir . Ramyeon ni sama macam maggi instant yang korng selalu makan tu la. Cuma beza dia , ada letak seafood . Ni aku nak bagi satu tip kalau korang order Ramyeon ni , makesure smpai je makanan atas meja , terus makan. Memang panas tapi makan waktu panas panas lagi sedap . Kalau lambat nanti ramyeon tu kembang , dan jadi sangat x sedap. Dish ni pun dia bagi side dish yang tiga tu.

Cheese Toppokki
and last sekali , aku order addition dish which is Cheese Toppokki . Toppokki ni dia kek beras atau ' rice cake ' . Rasa dia mcm makan onde onde cuma Toppokki ni lebih kental . kalau tengah panas lagi sedap makan sebab dia sangat chewy . Dia ada dua jenis. Yang selalu kita tgk dlm Running Man tu spicy , tapi aku tak makan pedas sangat , so aku try ambik cheese . 

Okay , overall sedap . and dekat sini kalau korang makan , korang jugak akan dientertaint dengan cerita , music video , concert korea.Sebab dia sediakan tv. Plus korang boleh relaks la makan kat situ , lepak lepak dengan kawan. So kat sini ku bagi 3.5/5 star , sebab lidah aku masih lidah melayu. Acewahhhhhhh

p/s : sorry pasal cerita travelling aku . nanti tau :)    

The Writer ,
Amirah Azemi 

1 comment:

Izzati Amira said...

ngaaaa.. dapnye cheese toppoki tuuu... ade resipi boleh le buat.. hahaha